KONSERT JOM GEGAR Bandar Penawar, Desaru - 14 Mac 09 - INSTEDT telah menganjurkan Pesta Jom Gegar & Konsert Akhir INSTEDT Idol Musim ke-3 dengan host jemputan saudara Ahmad Nabil ( Raja Lawak 2 ). INSTEDT IDOL adalah satu pertandingan atau program yang di anjurkan oleh INSTEDT untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang nyanyian.
TAHNIAH INSTEDT - 17 Mac 09 - AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA ( MQA ) telah memberi pengiktirafan kelayakan penuh kepada 4 program yang ditawarkan INSTEDT. Pengiktirafan yang dianugerahkan ini adalah selaras dengan standard dan kualiti yang telah ditetapkan oleh lembaga. Program yang dianugerahkan ialah Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perakaunan.
LAWATAN PEMANTAUAN KE ARAH PENSIJILAN ISO 9001:2008 - 17 FEB 2010 - INSTEDT telah menerima kunjungan dari panel pemantau Unit Kualiti UiTM untuk melihat sejauh mana persediaan INSTEDT dalam persiapan menghadapi pensijilan ISO 9001:2008. Dalam lawatan tersebut, ahli panel telah memeriksa penyediaan manual prosedur dan manual operasi dan juga kemudahan yang ada dalam kolej.
30 Mac 2011, Bandar Penawar. Suatu majlis diadakan khas kepada pelajar yang menerima cemerlang dalam peperiksaan sesi Disember 2009/2010 dan Julai 2010/2011. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Hariza Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif INSTEDT (M) Sdn. Bhd majlis turut dihadiri oleh wakil daripada SMK Bandar Penawar dan lain-lain. Seramai 305 orang pelajar daripada semua kursus telah menerima penganugerahan di atas kejayaan mereka bagi kedua-dua sesi. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada pelajar bagi meneruskan kejayaan mereka pada masa mendatang.
Pada masa yang sama diadakan majlis meraikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2010/2011 dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010. Diharapkan pelajar yang telah terpilih ini dapat menjalankan tanggungjawab dan amanat yang diberikan. MPP merupakan pemangkin kepada pelajar untuk mendekatkan diri ke arah kepimpinan negara, agama dan bangsa yang cemerlang di masa akan datang.
Kontinjen Sukan INSTEDT telah berjaya mengharumkan nama di Sukan SUKOB, Sukan Antara Kolej Bersekutu UiTM kali ke-3, tahun 2011 di UiTM cawangan Melaka, pada 11-14 Mei 2011. Berikut adalah keputusan rasmi, Bola sepak (Gangsa), Bola Jaring (Emas), Futsal Perempuan (Emas), Takraw (Emas), Badminton Beregu Lelaki (Emas), Badminton Beregu Perempuan (Emas & Gangsa), Badminton Single Lelaki (Perak & Gangsa).
10 Mac 2011, Bandar Penawar. Bertempat di Pulai Desaru Resort & Spa telah diadakan program “My TV3 Day Out” bersama pelajar INSTEDT. Seramai 17 pelajar telah menyertai MyTV3 INSTEDT bersama-sama krew-krew MyTV3 Rovers telah menjayakan program dengan meriah. Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara INSTEDT dengan syarikat penyiaran nombor satu di Malaysia iaitu TV3. Program sepetang bersama TV3 ini telah dipengacarakan oleh Aidid Marcello. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya bola sepak pantai, water container, keretapi songsang, ping-pong dan chopstick dan lain-lain. Kemeriahan dirasai oleh semua peserta walaupun hujan lebat menyirami bumi.
Bersama Datuk Prof Madya Dr. Mizan Bin Hitam Rektor UiTM Cawangan Melaka
Gambar kenangan Kontinjen INSTEDT ke SUKOB
Selain itu, majlis penganugerahan ini juga diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang kurang berjaya memperolehi kecemerlangan pada sesi sebelumnya.
Pada masa yang sama diadakan majlis meraikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2010/2011 dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010. Diharapkan pelajar yang telah terpilih ini dapat menjalankan tanggungjawab dan amanat yang diberikan. MPP merupakan pemangkin kepada pelajar untuk mendekatkan diri ke arah kepimpinan negara, agama dan bangsa yang cemerlang di masa akan datang.