Waktu Penggunaan Perpustakaan
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 5 petang
Sabtu : 9 pagi - 12.30 tengah hari
Ahad :Tutup
Peraturan Pengunaan Perpustakaan
• setiap pelajar diwajibkan memakai kad matrik
• pakaian pelajar hendaklah kemas
• pelajar tidak dibenarkan membawa beg masuk ke perpustakaan
• pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam perpustakaan
• pelajar tidak dibenarkan makan dan minum dalam perpustakaan
• pelajar dilarang menggunakan telefon bimbit di perpustakaan
• pelajar dilarang menconteng,mengoyak,menggunting atau membuat sembarang tanda dalam buku atau bahan perpustakaan dan semua peralatan yang ada di dalam perpustakaan
Perpustakaan INSTEDT terletak di Aras Satu Barat berhampiran dengan bilik tutorial dan dewan kuliah.Selain itu juga, Perpustakaan ini mengadap Tasik Rekreasi Bandar Penawar yang mendamaikan suasana. Perpustakaan Instedt telah menyediakan kemudahan untuk para pelajar dan pensyarah membuat rujukan dan pencarian maklumat yang dikehendaki. Pengguna boleh menggunakan buku,majalah,akhbar dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat. Koleksi buku di Perpustakaan Instedt merangkumi pelbagai tajuk seperti Komputer Sains,Sains Sosial, Pengurusan, Perubatan, Perniaagan, Ekonomi, Fiksyen Inggeris dan Melayu dan sebagainya.
Para pengguna boleh menggunakan kemudahan perpustakaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sebarang masalah berhubung kemudahan perpustakaan boleh dirujuk dengan pembantu perpustakan yang bertugas.
Perpustakaan
Latar belakang dan sejarah
Fungsi atau bahagian dalam perpustakaan
• Edaran
• Perolehan
• Pengkatalogan dan pengkelasan
Koleksi Perpustakaan
• Pinjaman terbuka
• Rujukan
• Majalah
• Akhbar
• Fiksyen inggeris dan melayu
• Kertas soalan peperiksaan
• Tugasan pelajar
• Cakera pada
I N S T I T U T S A I N S D A N T E K N O L O G I D A R U L T A K Z I M
U N I V E R S I T Y A F F I L A T E D C O L L E G E
Perkhidmatan Perpustakaan
Pinjaman buku
• Pelajar dibenarkan meminjam buku sebanyak tiga buah sahaja
• Tempoh pinjaman adalah selama seminggu
• Denda akan dikenakan sebanyak RM0.20 bagi sebuah buku untuk kelewatan satu hari
Internet
• Penggunaan internet adalah percuma
• Mesin pencetak turut disediakan tetapi bayaran akan dikenakan bagi setiap helaian yang dicetak iaitu sehelai RM0.30
Fotokopi
• Disediakan bagi memudahkan pelajar fotokopi bahan perpustakaan yang tidak boleh dibawa keluar
Bahan rujukan
• Disediakan untuk rujukan pelajar di dalam perpustakaan sahaja
• Dilabelkan dengan label merah
Meja belajar
• Memudahkan pelajar membuat rujukan dan mengulangkaji
• Ruang bacaan majalah dan akhbar
• Pihak perpustakaan menyediakan dua jenis akhbar untuk bacaan pengguna iaitu akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times.
• Disediakan setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum